:::: Selamat Datang ::: Ke Laman blog Naturopathy/ Homoepathy al-Bayt :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Semua pertanyaan ke Ust Rosdi 018-245 3824 [SMS/ Whats App/ Call] :::: Semua masalah penyakit boleh diikhtiarkan dengan remedy Homoepathy Insya Allah, sila bertanya sekiranya perlu :::

Akupuntur dan Qi

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 08:00 with No comments

PERBEZAAN ANTARA AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit, mengenalpasti Pathogen (a foreign agent that may result in clinical infection and disease if not eliminated by immune system) dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman, bakteria, ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam saluran darah. Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China, akupunktur digunakan untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi, darah, kahak dan cairan badan. 



Bagi doktor perubatan barat pula, pesakit akan diperiksa dan didiagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak, bentuknya dan pergerakannya. Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka, kulit, kuku dan mata. Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah, tidak berfungsi atau sesak. Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.

Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula, akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik. Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .

Akupunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang. Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta. Dalam perubatan barat, Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi. Dalam perubatan timur, Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .

QI DAN FUNGSINYA

Lima fungsi utama Qi ialah ;
  1. Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
  2. Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
  3. Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
  4. Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
  5. Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan

0 comments:

Post a Comment

PAUTAN BLOG