:::: Selamat Datang ::: Ke Laman blog Naturopathy/ Homoepathy al-Bayt :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Semua pertanyaan ke Ust Rosdi 018-245 3824 [SMS/ Whats App/ Call] :::: Semua masalah penyakit boleh diikhtiarkan dengan remedy Homoepathy Insya Allah, sila bertanya sekiranya perlu :::

Showing posts with label AYURVEDA. Show all posts
Showing posts with label AYURVEDA. Show all posts

Khasiat Herba

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 12:23 with No comments
Lengkuas untuk jantung yang sihat
Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga sekeluarga dengan halia. Rupa bentuk dan rasanya hampir sama dengan halia. Ia biasanya ditumbuk, dihancurkan atau diracik halus ke dalam makanan sebagai penambah rasa. 
Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur lebih kental atau keras berbanding halia segar dan kulit kurang berserat. Walaupun kegunaannya begitu ringkas, tetapi lengkuas bukanlah calang-calang herba. Lengkuas adalah antioksida semula jadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh.
Foto
Selain itu ia mampu merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan tiga cawan air hingga mendidih.
Air ini kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Malah lengkuas juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar mengekalkan jantung sihat. 

Mungkin tidak diketahui ramai, lengkuas juga mampu mencegah mabuk laut dan mual. Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual pasti hilang dengan cepat. 

Kepentingan lengkuas tidak terhad kepada penjagaan sistem dalaman, malah ia juga amat berguna untuk mereka yang mengalami penyakit kulit. 

Masalah seperti panau dan ekzima mampu di atasi kerana lengkuas mengandungi bahan kimia yang mampu menghapus bakteria di permukaan kulit. 


Limau purut untuk kecantikan kulit 

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Malah limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. 

Pada masa sama turut mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit. 

Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur. 

Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi. 

Sentalkan buah limau purut yang sudah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik itu dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas. 


Serai sesuai untuk turunkan berat badan 

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus sering digunakan dalam masakan seharian dan dalam pembuatan minyak wangi. Tetapi tahukah anda bahawa serai juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. 

Bahan antibakteria terkandung dalam serai boleh digunakan untuk tujuan farmaseutikal sementara minyak serai pula mempunyai ada ciri-ciri anti kulat. Serai juga diketahui mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi dan memiliki sejumlah manfaat yang dapat membantu upaya penurunan berat badan. 

Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekali gus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Selain itu, ekstrak serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah rosak serta kembang ketika proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. 

Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Secara keseluruhannya, semua bahagian serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 


Minyak kayu putih penyembuh kulit 

Selain minyak buah pala, adakah anda tahu bahawa minyak kayu putih banyak digunakan sebagai bahan asas untuk minyak urut tradisional? Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan harian. 

Minyak kayu putih selain mengeluarkan bau yang wangi, ia juga membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit. 

Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan tubuh serta menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan. 


Halia, agen mengurangkan angin dalam badan 

Apabila kita bercakap berkenaan halia dan halia bara, pasti ramai mengetahui khasiatnya yang dapat membantu membuang lebihan angin dalam badan. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut di dalam al-Quran. Sebagai contoh di dalam Surah Al-Insan ayat 17, firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil.” 

Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. 


Manfaat daun bidara untuk kesihatan harian 

Bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan perubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semula jadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat. 

Selain itu daun bidara juga baik untuk membantu merawat sihir. Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah tetapi ulama’ Salaf sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak. Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut: 

Ambil tujuh helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman. Kemudian, baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi. Kemudian, hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi. Gunakan air itu sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah. 


Pelbagai khasiat ekstrak avokado untuk kulit wajah dan agen pencegah penyakit dalaman 

Di kalangan wanita di negara ini mungkin ramai yang sudah tahu berkenaan khasiat buah avokado ini tetapi tahap pemahaman mereka hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan. 

Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan saja mengandungi kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. 

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. 

Avokado juga bertindak sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang. 

Memanfaatkan khasiat dari herba-herba tradisional ini, kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk memperolehi kulit yang cantik dan juga penawar kepada masalah kesihatan. 

Menurut En Hj Hashim, 71 tahun dari Temerloh, Pahang, pengguna losyen tempatan yang berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, pada dulunya mengalami masalah sakit urat dan angin dalam badan. Apabila malam badan mula berasa sakit dan sengal-sengal pada bahagian yang bermasalah. 

Tetapi selepas beliau mengamalkan losyen berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, beliau berasa lega dan kesakitan yang dialami tidak seteruk dulu lagi. Beliau dapati, angin dalam badan juga semakin berkurangan serta sakit sendi semakin kurang. Kini beliau tidak perlu risau lagi tentang kesihatan saya dengan usia yang semakin meningkat.

AYURVEDA – SENI PERUBATAN TRADISI

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 16:43 with No comments
Ayurveda merupakan salah satu daripada seni perubatan tradisi yang Tertua di dunia. Ia menggunakan tumbuhan, herbal dan mineral sebagai punca perubatan dan juga makanan. Ayurveda dipercayai telah wujud 5,000 tahun dahulu dan berterusan menjadi seni perubatan hingga kini . Ada maklumat yang menyatakan Ayurveda ini adalah berasal daripada kitab veda iaitu Rig Veda yang mempunyai maklumat perubatan yang menggunakan ubatan hijau untuk menyembuhkan penyakit. Ayurveda barasal daripada perkataan sanskrit yang membawa maksud ilmu pengetahuan kehidupan ( ayur = kehidupan , veda= ilmu/pengetahuan) atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ” Science of Live’.
Ayurveda merupakan satu perubatan tradisi yang mempunyai motif makro dimana mengambil insiatif secara semulajadi. Walaupun perubatan jenis ini dikatakan mempunyai unsur-unsur legend dan mitos tetapi cara perubatan ini masih diamal kerana kemujarabannya. Ayurveda mengambil berat tentang badan manusia (fizikal), fikiran (mental) dan emosi (emotional). Mengikut kepercayaan ketidakseimbangan antara ketiga-tiga ini boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit serta ketidaksempurnaan dalam kehidupan.” Meditation ” dan Yogamerupakan satu daripada teknik dalam ayurveda dimana teknik ini digunakan untuk ketenteraman fikiran yang berfungsi menseimbangkan fikiran serta badan seseorang manusia. Manakala Maharishi Ayurveda merupakan satu bahagian dalam ayurveda yang memberi maklumat tentang perubatan semulajadi yang menggunakan tumbuh-tumbuhan . Satu kompenan utama dalam Maharishi ayurveda ialah :
“Rasayana”. ” Rasayana merupakan satu formula yang menggunakan herba untuk mengubati ganguan sel dalam badan serta mental manusia.
PRINSIP DOSHA DALAM AYURVEDA.
Ayurveda berasaskan kepada lima elemen utama yang dikenali sebagai ” Pancha Bootham’ . Elemen ini ialah ruang (space), udara ( air) , api (heat), air (water) dan tanah (earth). Elemen-elemen ini yang mewujudkan dosha iaitu mempengaruhi faktor fizikal dan emosi. Prinsip tersebut diknali sebagai Vata, Pitta dan Kapha.
VATA
Vata meruapakan dosha yang mengawal sistem pernafasan, pergerakan otot dan tisu. Vata dikatakan mempunyai ciri yang kering dan sejuk disebabkan oleh persekitaran semulajadi. Elemen semulajadi yang terlibat dalam Vata ialah ruang dan udara. Seseorang manusia yang mempunyai ciri Vata ini mempunyai perwatakan yang sangat aktif, alert, kreativiti dan fleksibal. Oleh itu keseimbangan dalam dosha ini amat perlu. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan dalam Vata maka seseorang itu mudah mendapat kesejukan, ketakutan dan keresahan.
Ayurveda mempunyai prinsip perubatan atau ‘ medidation’ yang tersendiri untuk mengawal keseimbangan ini. Seseorang yang menghadapi ketidakseimbangan Vata selalunya digalakkan membuat ‘Yoga’ atau ” medidation” untuk menseimbangkan dosha Vata tersebut. Disamping itu terdapat juga produk Ayurveda yang terkini dipanggil ‘ Ayurvedic Vata Tea” yang diperbuat daripada perahan herba.
PITTA
Pitta merupakan dosha yang mengawal pencernaan nutrition, metabolisme dan suhu dan sebagainya. Elemen yang terlibat dalam Pitta ialah api dan air. Dimana api (panas) dan air (sejuk) menunjukkan ciri yang mengawal suhu badan manusia akan mempengaruhi fizikal dan emosi manusia . Keseimbangan ini akan mewujudkan manusia yang bertolak ansur dan mempunyai akal fikiran yang panjang dan bijak.
Sekiranya unsur panas (api) melebihi air (sejuk) dalam badan akan mewujudkan ketidakseimbangan. Ini membolehkan manusia berperwatakan pemarah , pengkritik, benci, cemburu dan mengalami keguguran rambut yang banyak .Terdapat lima subdoshas dalam Pitta:-
  • melibatkan fungsi mata. Ketidakseimbangan akan mewujudkan kekaburan dalam fungsi mata.
  • melibatkan kulit manusia. Ketidakseimbangan akan mempengaruhi kekeringan pada kulit.
  • melibatkan percernaan dalam metabolisme, Ketidakseimbangan akan mewujudkan kesakitan perut.
  • melibatkan pergerakan toxin dalam darah . Ketidakseimbangan akan mewujudkan kemarahan.
Maharisi Ayurveda telah menyarankan beberapa rawatan atau amalan seperti kawalan dalam makanan, iaitu mengambil makanan yang mempunyai ciri yang sejuk, kering dan menghayati keindahan alam semulajadi. Amalan makanan adalah penting dalam dosha Pitta ini.
KAPHA
Tenang dan bertolak ansur (easy-going) merupakan ciri utama Kapha . Kapha terdiri daripada unsur tanah dan air yang membentuk struktur badan. Ketidakseimbangan dalam Kapha akan menyebabkan tambahan dalam keberatan badan, tamak, cemburu, alergik dan sebagainya.
Terdapat lima subdoshas dalam Kapha:-
  1. Melibatkan kelembapan / cecair dalam hidung , mulut dan mata.
  2. Melibatkan fungsi rasa.
  3. Melibatkan sistem penghadapan .
  4. Mengawal muscles dan jantung manusia.
  5. Mengawal kelembapan kulit.

BINGKISAN KURSUS AYURVEDA






Disampaikan oleh:
Vaidya Dr Luqman Selva Abdullah

What Is Ayurveda

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 12:57 with No comments

Since 4500 years back, Ayurveda has been using in India for a very reliable medical treatment. The term 'Ayurveda' is derived from the Sanskrit word 'Ayur' meaning 'life' and' Veda' meaning 'knowledge'and in combine Ayurveda means'The science or knowledge of life'. Ayurveda is an ancient Indian therapeutic procedure which was promulgated during Vedic era (2500-1500 BC) and now it is widely being use as an alternative medicine. ayurvadaAyurveda is specialized therapeutic treatments to maintain good health which are directed towards curing, not just the symptoms of the ailment, but the basic health troubles or abnormalities.

As per the Ayurvedic philosophy, health is a state of equilibrium between the body, mind and consciousness. Ayurveda recognizes the three doshas (abnormalities) within the body such as Vata, Pitta and Kapha. It is considered in Ayurveda that when seven dhatus (tissues), blood,plasma,fat,muscle,bone, nerve,and reproductive; three malas(wastes),feces, urine and sweat; and agni, the energy of metabolism, any of these suffers with condition of disharmony and imbalance then disease emerges as an evil in human body.The source cause of abnormalities,or disease,is an exasperation of dosha,vata-pitta-kapha.

Ayurveda treats disease and physical ailments that appears in human body due to the above three doshas, or the 'tridosha' system as it is otherwise known.Treatment is therefore performed for rebalancing the health system and reestablishing harmony in the body.This ultimate objective can be achieved through various methods which include the use of Ayurvedic herb,the administration of unique forms of massage,consumption of a specific diet and usual exposure to certain elements of nature.Indian Ayurvedic manuals were written by Charaka, Sushruta,and Vagbhata that give detailed reports of the various curative procedures.ayurvadaCharaka listed 500 remedies and Sushruta over 700 vegetable medicines (Herbs).The philosophies of Ayurvedic treatment is purifying the body and deeply soothing and relaxing the health system.Mostly these purifications are done by performing the panchakarma which are five types of treatment such as -Vamana (Use of Emetics),Virecana (Use of laxatives), Basti (Medicated Enema), Nasya (Nasal administration) and Rakta Mokshana (Blood letting).These treatments are performed in chronic and deep rooted diseases.This therapeutic procedure is Ayurvadic curative option that offers healthier fitness including improved circulation; relief from pain, stress and insomnia; increased flexibility and improved athletic performance.

Usually the medicines used for Ayurvadic treatments are made of herbs, minerals, metals and elements of animal origin.All the prescribed remedies are totally in combination with nature.It is also believed that wrongly use of herbs, metals and minerals can cause harms like toxicity

PAUTAN BLOG