:::: Selamat Datang ::: Ke Laman blog Naturopathy/ Homoepathy al-Bayt :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Semua pertanyaan ke Ust Rosdi 018-245 3824 [SMS/ Whats App/ Call] :::: Semua masalah penyakit boleh diikhtiarkan dengan remedy Homoepathy Insya Allah, sila bertanya sekiranya perlu :::

Khasiat Herba

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 12:23 with No comments
Lengkuas untuk jantung yang sihat
Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga sekeluarga dengan halia. Rupa bentuk dan rasanya hampir sama dengan halia. Ia biasanya ditumbuk, dihancurkan atau diracik halus ke dalam makanan sebagai penambah rasa. 
Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur lebih kental atau keras berbanding halia segar dan kulit kurang berserat. Walaupun kegunaannya begitu ringkas, tetapi lengkuas bukanlah calang-calang herba. Lengkuas adalah antioksida semula jadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh.
Foto
Selain itu ia mampu merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan tiga cawan air hingga mendidih.
Air ini kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Malah lengkuas juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar mengekalkan jantung sihat. 

Mungkin tidak diketahui ramai, lengkuas juga mampu mencegah mabuk laut dan mual. Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual pasti hilang dengan cepat. 

Kepentingan lengkuas tidak terhad kepada penjagaan sistem dalaman, malah ia juga amat berguna untuk mereka yang mengalami penyakit kulit. 

Masalah seperti panau dan ekzima mampu di atasi kerana lengkuas mengandungi bahan kimia yang mampu menghapus bakteria di permukaan kulit. 


Limau purut untuk kecantikan kulit 

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Malah limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. 

Pada masa sama turut mempunyai beberapa khasiat lain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit. 

Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur. 

Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi. 

Sentalkan buah limau purut yang sudah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik itu dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas. 


Serai sesuai untuk turunkan berat badan 

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus sering digunakan dalam masakan seharian dan dalam pembuatan minyak wangi. Tetapi tahukah anda bahawa serai juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. 

Bahan antibakteria terkandung dalam serai boleh digunakan untuk tujuan farmaseutikal sementara minyak serai pula mempunyai ada ciri-ciri anti kulat. Serai juga diketahui mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi dan memiliki sejumlah manfaat yang dapat membantu upaya penurunan berat badan. 

Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekali gus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Selain itu, ekstrak serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah rosak serta kembang ketika proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. 

Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Secara keseluruhannya, semua bahagian serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 


Minyak kayu putih penyembuh kulit 

Selain minyak buah pala, adakah anda tahu bahawa minyak kayu putih banyak digunakan sebagai bahan asas untuk minyak urut tradisional? Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan harian. 

Minyak kayu putih selain mengeluarkan bau yang wangi, ia juga membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit. 

Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan tubuh serta menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan. 


Halia, agen mengurangkan angin dalam badan 

Apabila kita bercakap berkenaan halia dan halia bara, pasti ramai mengetahui khasiatnya yang dapat membantu membuang lebihan angin dalam badan. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut di dalam al-Quran. Sebagai contoh di dalam Surah Al-Insan ayat 17, firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil.” 

Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. 


Manfaat daun bidara untuk kesihatan harian 

Bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan perubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semula jadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat. 

Selain itu daun bidara juga baik untuk membantu merawat sihir. Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah tetapi ulama’ Salaf sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak. Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut: 

Ambil tujuh helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman. Kemudian, baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi. Kemudian, hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi. Gunakan air itu sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah. 


Pelbagai khasiat ekstrak avokado untuk kulit wajah dan agen pencegah penyakit dalaman 

Di kalangan wanita di negara ini mungkin ramai yang sudah tahu berkenaan khasiat buah avokado ini tetapi tahap pemahaman mereka hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan. 

Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan saja mengandungi kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. 

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. 

Avokado juga bertindak sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang. 

Memanfaatkan khasiat dari herba-herba tradisional ini, kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk memperolehi kulit yang cantik dan juga penawar kepada masalah kesihatan. 

Menurut En Hj Hashim, 71 tahun dari Temerloh, Pahang, pengguna losyen tempatan yang berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, pada dulunya mengalami masalah sakit urat dan angin dalam badan. Apabila malam badan mula berasa sakit dan sengal-sengal pada bahagian yang bermasalah. 

Tetapi selepas beliau mengamalkan losyen berasaskan herba dan doa-doa dari al-Quran, beliau berasa lega dan kesakitan yang dialami tidak seteruk dulu lagi. Beliau dapati, angin dalam badan juga semakin berkurangan serta sakit sendi semakin kurang. Kini beliau tidak perlu risau lagi tentang kesihatan saya dengan usia yang semakin meningkat.

0 comments:

Post a Comment

PAUTAN BLOG