:::: Selamat Datang ::: Ke Laman blog Naturopathy/ Homoepathy al-Bayt :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Semua pertanyaan ke Ust Rosdi 018-245 3824 [SMS/ Whats App/ Call] :::: Semua masalah penyakit boleh diikhtiarkan dengan remedy Homoepathy Insya Allah, sila bertanya sekiranya perlu :::

HEALSDROP : BAHANAN HERBA

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 00:00 with No comments

POKOK MENGKUDU (Morinda Citrifolia)
Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda spp. Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

POKOK MAMBU / NEEM (Azadirachta indica)
Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu atau disebut sebagai neem    (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.

POKOK HEMPEDU BUMI (Andrographis Paniculata)
Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

POKOK MISAI KUCING (Orthosiphon Stamineus)
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae"  yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang.

DUKUNG ANAK (Phyllanthus niruri)
Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruii Linn dari keluarga  "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

POKOK PATAWALI (Tinospora Cordifolia)
Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan  berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar di pagar-pagar dan di kawasan rumah lama yang agak terbiar. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampuri dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Kandungan kimia yang terdapat didalam Pokok Patawali (Tinospora Cordifolia) dilaporkan memiliki fungsi perubatan sebagai anti-diabetic, anti-periodic, anti-spasmodic, anti-inflammatory, anti-arthritic, anti-oxidant, anti-allergic, anti-stress, anti-leprotic, anti-malarial, hepatoprotective, immunomodulatory dan anti-neoplastic.

0 comments:

Post a Comment

PAUTAN BLOG