Tidak ada seorang pun dari kalangan orang yang waras fikiran yang mengatakan merokok itu satu tabiat yang baik. Samada mereka itu dari kalangan perokok itu sendiri, pengimpot rokok, peniaga rokok atau badan yang mengenakan cukai rokok. Semua mengatakan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan.
Sehinggakan pengeluar rokok disyaratkan mempamirkan pada kotak-kotak rokok yang di jual dengan tanda amaran keburukan merokok. Berbagai-bagai gambar yang menggerunkan serta bermacam-macam slogan diwar-warkan bagi menyedarkan orang ramai kepda bahayanya kesan dari tabiat merokok ini. Namun statistik perokok tidak juga berkurang. Walaupun harga rokok semakin naik berganda, namun itu tidak menghalang dari kilang dan pemungut cukai memperoleh habuan yang menguntungkan mereka.
Tembakau mengandungi sejenis bahan alkaloid yang memberi kesan ketagihan yang dikenali sebagai Nikotin. Percayakah anda bahawa di antara penyebab penyakit mati pucuk, serangan strok, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang, kenser hati adalah berpunca dari tabiat buruk merokok? Anda jangan menyangka hanya orang yang ada darah tinggi sahaja berisiko untuk kena strok.
Mengikut statistik di negara kita sahaja tabiat merokok telah menyumbang kepada 10,000 kematian setahun. Hampir 30% adalah disebabkan oleh penyakit kanser pada organ-organ seperti, mulut, tekak, esophagus, paru-paru, pankerias, pundi kencing, buah pinggang, servik, kolon dan perut. Manakala 50% kematian berpunca dari serangan jantung dan strok, Ini semua adalah apa yang disumbangkan oleh rokok. Manafaatnya tiada sebaliknya mudarat pulalah yang ditanggung.
Mengikut statistik di negara kita sahaja tabiat merokok telah menyumbang kepada 10,000 kematian setahun. Hampir 30% adalah disebabkan oleh penyakit kanser pada organ-organ seperti, mulut, tekak, esophagus, paru-paru, pankerias, pundi kencing, buah pinggang, servik, kolon dan perut. Manakala 50% kematian berpunca dari serangan jantung dan strok, Ini semua adalah apa yang disumbangkan oleh rokok. Manafaatnya tiada sebaliknya mudarat pulalah yang ditanggung.
Bahan Beracun (Toksik) Dalam Asap Rokok
Mengikut kajian terdapat lebih kurang 4,000 jenis bahan kimia beracun yang terkandung di dalam setiap sedutan asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok | Sumber bahan kimia |
Metanol | Bahan Api |
Nitrobenzena | Gasolin |
Karbon Monoksida | Asap kereta |
Butana | Cecair pemetik api |
Raksa | Logam dalam jangka suhu |
Vinil Klorida | Bahan utama plastik |
Toulena | Pelarut industri |
Ammonia | Pencuci lantai |
Arsenik | Racun tikus |
Kadmium | Bahan utama bateri alkali |
Stearik | Bahan utama dalam lilin |
Sianida | Racun berbisa |
Bagaimana Homeopathy Dapat Membantu
Homeopathy berasaskan 'Single Remedy' mempunyai jalan keluar dari kemelut yang tidak berkesudahan ini. Individu-individu yang bertekad untuk berhenti merokok mempunyai alternatif dengan memilih penawar-penawar homeopathy. Penawar-penawar dipilih mengikut keserasian ubat dengan pesakit/perokok. Antara penawarnya ialah:-
- TABACUM Bagi mengurangkan ketagihan merokok, rasa loya, pening, muka pucat, mudah putus asa dan pelupa, dada sakit mencerut, sejuk, kulit lembab berlengas.
- CALADIUM Kuat keinginan/ketagihan merokok, memulihkan ketagihan, lemah jantung, dada rasa tertekan, lelah atau seakan lelah,
- LOBELIA INFLATA. Lelah, walaupun ketagihan merokok namun tidak tahan dengan bau asap menjadikannya lelah.
- PLANTAGO Bagi menimbulkan rasa benci untuk merokok bagi pengunyah tembakau.
- NUX VOMICA Menawarkan nikotin dalam darah, stress, gaya hidup selesa, tidak banyak bersenam, sembelit, perengus/panas baran, migraine.
Ubat-ubat lain seperti, Hydrophobinum, Avina Sativa, Daphne Indica dan lain-lain akan diberi mengikut simptom yang timbul pada anda.
Bolehlah berhubung dengan saya Ust Rosdi 018-245 3824 untuk tempahan oder. 1 Set hanya berharga RM120.00 sahaja.
0 comments:
Post a Comment