Tomato atau nama saintifiknya Lycopersicon Esculentim Miller cukup popular terutama sekali bagi mereka yang prihatin terhadap kesihatan dan kecantikan. Jika selama ini ramai beranggapan bahawa buah yang paling banyak menghasilkan vitamin C adalah limau, nyata sekali tanggapan itu kurang tepat.
Hakikatnya, tomato memiliki kandungan vitamin C lebih tinggi berbanding limau. Di samping itu, ia juga bagus untuk mata dan kulit. Dengan ketinggian dua meter tinggi atau lebih, pokok ini biasa ditanam menggunakan biji dan bercambah dalam masa enam hari selepas disemai. Lima hingga tujuh minggu kemudian, pokok ini mula mengeluarkan bunga dan hasilnya bolehla dituai dalam tempoh 60-90 hari setelah melalui tanaman pindah.
Dikatakan, tomato berasal dari Banjaran Gunung Andes di Amerika Selatan. Kini, buah 'kecantikan' ini giat ditanam di serata negara sekaligus menjadi antara sayur yang paling diminati oleh masyarakat didunia. Terdapat lebih 15 penyakit utama yang biasa menyerang tomato yang ditanam dikawasan tropika (cuaca panas dan lembap) merangkumi beberapa jenis bakteria, kulat, virus, serangga dan nematod.
Bagi mengawalnya, bolehlah digunakan beberapa jenis bahan kimia yang sesuai selain mempertingkatkan pengurusan tanah dengan memastikan sistem pengaliran air tidak bertakung, menggunakan baja organik yang cukup, melakukan tanaman bergilir, menjaga kebersihan tanaman serta memilih kultiar yang tahan lasak untuk ditanam.
Tomato dipercayai mempunyai sifat insektisid. Jus tomato boleh menghalang pertumbuhan bakteria tertentu malah kaya dengan bahan mineral serta Vitamin A, B dan C. Buah berwarna merah ini juga memiliki kandungan bahan antioksidan yangtinggi sekali gus berfungsi menegangkan kulit dan mencegah radikal bebas yang biasanya menggangu tahap kesihatan selain mempercepatkan proses penyembuhan.
KHASIAT MAKANAN
Buahnya sedap dimakan segar, digoreng, dipanggang, dibakar atau dibuat sup selain sesuai dicampurkan dengan masakan lain bagi menyedapkan rasa. Kepada yang berani mencuba dan inginkan kelainan rasa, sekali-sekala boleh juga dijadikan jus minuman untuk kesan yang lebih cepat dan sihat.
KHASIAT UBATAN
BUAH : Dipercayai tomato mampu melawaskan pembuangan air besar selain digunakan sebagai ubat demam tifoid, batu karang, mata merah dan bengkak telinga.
DAUN : Tumbuk lumat daunya kemudian lumur di seluruh muka. Cara ini dikatakan praktikal untuk merawat masalah kulit yang terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari.
AKAR & DAUN TUA : Boleh direbus dan diminum bagi mengubati atau melegakan masalah sakit gigi.
0 comments:
Post a Comment