:::: Selamat Datang ::: Ke Laman blog Naturopathy/ Homoepathy al-Bayt :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Semua pertanyaan ke Ust Rosdi 018-245 3824 [SMS/ Whats App/ Call] :::: Semua masalah penyakit boleh diikhtiarkan dengan remedy Homoepathy Insya Allah, sila bertanya sekiranya perlu :::

AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA

Posted by TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] on 08:30 with No comments

AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi di dalam badan. Ia dilakukan dengan memasukkan, menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur. Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .

Gangguan atau halangan pada tenaga (Qi), darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian. Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman, tisu yang bergabung, meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga.

Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak di dalam paket pada otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorphin, enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku di tengah-tengah bahagian otak.

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri. Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni. Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung, pergerakan bioelektron. Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan.

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit. Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal. Pada tahap ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya.

KAJIAN SECARA SAINTIFIK

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. 

Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR MODEN

Dalam akupuntur moden hari ini ada berbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur, antaranya ialah:
  1. Akupuntur Klasik – menggunakan jarum halus
  2. Akupuntur Elektrik – menggunakan stimulator elektrik voltage rendah
  3. Akupuntur Elektronik – menggunakan alat-alat elektronik kecil
  4. Akupuntur Bekam Darah – Acu Bekam mengeluarkan darah
  5. Akupuntur Bekam – Acu Bekam sedut angin keluar dari badan
  6. Akupuntur Moksibusi – menghangat pada titik tertentu
  7. Akupuntur Kepala (Scalp Acupunture) – menusuk jarum ke kepala
  8. Akupuntur Telinga (Auricular Acupunture) – menusuk jarum ke telinga
  9. Akupuntur Mata (Iridology)
  10. Akupuntur Urut – Acupressure, Shiatsu
  11. Akupuntur Homeopati

0 comments:

Post a Comment

PAUTAN BLOG