KENAPA PERLU PILIH HOMEOPATHY?
Selama ini, kita biasa mendengar
perkataan-perkataan ubat , racun, dadah dan penawar. Begitu juga dengan
cara-cara pengubatan (practice of medicine) yang berbagai cara dan rupa.
Sangatlah perlu bagi kita untuk mengetahui dengan terperinci pengkelasan tatabahasa
ini untuk kefahaman.
Racun bererti bahan asal iaitu
zat-zat yang paling mudah diambil atau digunakan tanpa diproses (raw material)
samada bahan itu terdiri daripada bahan organic atau bukan organic, begitu juga
bahan tulin atau synthetic. Apabila ia digunakan sewaktu badan dalam keadaan
normal akan menjadikan badan penggunanya menjadi tidak sihat atau mendapat
penyakit akibatnya.
Sebaliknya jika ianya digunakan
dalam sukatan-sukatan tertentu sewaktu benar-benar sakit, ia dapat memulihkan
atau mengembalikan kesihatan semula.Ubat digunakan sewaktu dalam keadaan sakit
sahaja. Ia mungkin dalam bentuk bahan asli atau berupa percampuran bahan asal
dan bahan-bahan lain seperti gula (lactose) dan sebagainya.
Sementara penawar pula adalah
bebas dari sebarang racun dan tidak ada punca-punca yang menyebabkan akan
terganggu kesihatan hasil pengambilannya. Ubat-ubat Homeopathy terdiri dari
jenis ini. Oleh itu penawar Homeopathy dijamin bersih serta selamat. Kekuatan
keupayaan tenaga penawar ini adalah dijamin kerana pembuatnya menurut proses
potensi. Disamping itu melalui proses ini kuasa racun atau dadah dan bahan
kimia langsung tidak ada dan dihilangkan. Atas faktor inilah ubat-ubat
Homeopathy layak dipanggil penawar bukan ubat.
Perubatan biasa dihospital yang
dipanggil Allopathy, walaupun menggunakan racun-racun atau dadah dalam sukatan
tertentu tetapi sifat semulajadi racun itu masih ada dan tetap bertindak dalam
tenaga negative. Walaupun sedikit digunakan, ia tetap bertindak sebagai racun
yang akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan secara berterusan.
Pengubatan secara Homeopathy adalah satu cara rawatan untuk menghilangkan atau
menyembuhkan penyakit sebenar-benarnya dengan keahlian yang tersendiri.
Oleh itu Homeopathy lahir bukan
sahaja sebagai satu seni penyembuh yang saintifik tetapi juga ia merupakan satu
seni penyembuhan.
Pada kesimpulannya, kita begitu
agak beruntung kerana hidup di dalam dunia kemajuan yang begitu pesat. Manusia
di sana sini berlumba-lumba mengejar kejayaan, di samping banyak
teknologi-teknologi baru tercipta. Begitu juga halnya dengan dunia perubatan.
Sistem rawatan lebih bertambah maju dan ubat-ubat dapat diproses dengan cepat.
Kebimbangan yang melanda kerana ubat-ubat yang dicipta dalam perubatan
Allopathy (Perubatan biasa) ini kedapatan bahayanya lebih banyak jika
dibandingkan dengan kebaikan yang diperolehi.
Dapatkah kita mempelajari dimana
silapnya? Sehingga sesetengah pihak sahaja yang mendapat keuntungan yang
maksima dari tindakan ini. Tentunya kita dapat meneka jawapannya iaitu
pengeluar ubat dan para penjual ubat.
Sudah tentulah para pengguna
menjadi mangsanya…
Akal yang sihat berada di tubuh
yang sihat. Kesejahteraan dan kesihatan yang baik sangat diingini oleh setiap
umat manusia, dalam menempuh hidup bahagia dunia dan akhirat. Segala-galanya
akan hancur apabila kesihatan hilang, disusuli pula dengan sakit yang menimpa
badan.
Penggunaan ubat secara Homeopathy
dengan dos yang paling sedikit tetapi sebaliknya mempunyai kuasa aksi yang
besar. Ia dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang sudah lama ataupun
baru dengan syarat gejala-gejala penyakit itu sesuai dan menunjukkan
isyarat-isyarat yang boleh dirawat. Memandangkan perubatan Homeopathy ini boleh
mengubati pesakit dengan penuh kecermelangan hasil dari kejayaan-kejayaan dan
pengalaman yang lalu, maka tidak hairanlah ia cepat berkembang dengan luasnya
dari tempat asalnya Jerman ke England, USA, Perancis, Australia, Itali,
Pakistan, India dan mula bertapak dinegara-negara Asia Tenggara seperti
Singapura dan Indonesia.Malaysia baru sahaja mula mengamalkan sistem
perubatan ini.Walau bagaimana pun hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahui
khasiatnya.
UBAT HOMEOPATHY BEBAS DARI BAHAN
KIMIA DAN DADAH SERTA SELAMAT DIGUNAKAN TANPA KESAN SAMPINGAN.
0 comments:
Post a Comment